THE SECRET-RAHSIA MEMBINA TAMADUN
2:04 AM | Author: Ibnu Siddique

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahhumma Sholli A'la Saidina Muhammad..Wa A'la Aalihi Wasallam

Baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat.Dan kamu akan dapatkan setiap apa yang kamu niatkan.Maka barangsiapa yang hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya,maka hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya.Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia,maka dia akan mendapatkannya,atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia hijrah kepadanya”

Alhamdulillah.Segala puja dan puji hanya bagi Allah.Segala kemuliaan di muka bumi,keindahan,kehebatan, semuanya hanya milik Allah.Solawat dan Salam ke atas junjungan tercinta Rasulullah Sollallahu A’laihi Wassalam.Kurniakanlah kami rindu dan cinta padaMu Ya Allah,pada RasulMu Ya Allah,pada dakwah,melebihi cintanya seorang hamba yang menjumpai air setelah berhari2 kehausan tersesat di padang pasir.Amin Ya Rabb…

Teman-teman,Sahabat-sahabat,Saudara-Saudariku yang di cintai kerana Iman,kemuliaan ke atas kalian dari saya dgn sebaik2 salam..

Assalamualaikum WaRahmatullahi Wabarakatuh.

Semuanya,pasti sudah biasa dgn hadis di atas kan.Bagi yang mengikuti usrah,menekuni majlis ilmu,pasti dah berkali2 mendapatkan syarahnya.Alhamdulillah.

Tap kali ni,saya ingin sedikit share dgn teman2,sisi lain yang mungkin kita terlupa dalam memahami hadis ini.Dan bila kita memahaminya,percayalah,bahawa kita akan mendapatkan rahsia kehebatannya.‘The Secret’.


THE SECRET



Pernah dengar tntg bestseller book written by Rhonde Bryen tajuknya The Secret. Buku ini sgt berpengaruf di dunia Barat,sehingga di imani dan di tekuni oleh kebanyakan orang Barat.Berjuta2 training telah di laksanakan dgn modul The Secret,dan berjuta2 DVDnya telah terjual.

APA ITU THE SECRET?

Dalam buku tersebut,penulisnya menerangkan Rahsia kejayaan bagi semua orang yang hebat di muka bumi ini (Albert Einstein,Napoleon,Wright Brothers dll yg di sebutkan dlm buku tersebut).Jadi buku ini menerangkan Rahsia kejayaan yg di miliki oleh mereka,sebagai rahsia untuk Berjaya,dan ternyata ianya Berjaya mencetak ribuan bahkan jutaan org yg berjaya dgn memahami The Secret.Ianya menjadi rujukan kebanyakan orang dlm pelbagai bidang..bisnes,penciptaan,pelajaran dll.

THE SECRET IS THE LAW OF ATTRACTION

Ya!The Secret yg di terangkan oleh penulis buku ini ialah The Law of Attraction..Ianya bermaksud rahsia kejayaan kita adalah daya tarikan yang kita hasilkan.Ianya bermaksud,semakin kuat kita memikirkan suatu benda,suatu hajat,ianya akan menghasilkan daya tarikan,dan daya tarikan itu kan mendorong kita untuk berusaha mencapainya.Contoh,penulis menerangkan Thomas Edison,bersungguh2 memikirkan dan meyakini untuk mencipta mentol lampu.Setiap hari dia memikirkannya,berusaha,lalu apa yg dia fikirkannya,yg di hajatkannya,menghasilkan daya tarikan,dan ianya menarik apa yg di fikirkannya itu menjadi kenyataan,dgn usahanya yg x kenal henti!LAlu terciptalah mentol lampu.Begitu juga dgn penciptaan kapal terbang,kereta dll,semuanya bermula dgn satu fikiran,yg menghsilkan daya tarikan,lalu menjadi kenyataan! Daripada pemikiran dan hajat seorang,2 orang, beribu orang dan bejuta orang yg punya hajat,lalu terhasillah kuasa besar spt Amerika hari ini.

“It’s all started with the mind,the thinking,thinking,thinking,thinking,then the thinking become passion, and the passion create it become reality.And it’s all The Law of Attraction”.

RAHSIANYA TELAH TERHIDANG DEPAN MATA KITA 1400 TAHUN LALU.

Ya!Sesunnguhnya The Secret yg begitu di imani oleh ramai orang yg Berjaya dlm perusahaan,pengurusan,penciptaan dll di Barat,telah di khabarkan kpd kita 1400 tahun yg lalu!Cuma kita yg buta dan tidak menyedarinya!Perhatikanlah,dalamilah hadis di atas.Usah sempitkan pemaknaan hadis ini,hanya sebatas niat Solat,niat dalam Ibadah,seolah2 Islam hanya sebatas mengatur amalan2 agama.Tapi,berfikirlah secara luas. Let us Think out of Box!

Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat.Dan kamu akan dapatkan setiap apa yang kamu niatkan.”

Frasa pertama hadis ini,menerangkan secara ringkas tapi menyeluruh akan isi The Secret yg di gali oleh Rhonde Byren,The Law of Attraction.Perhatikan bagaimana Rasulullah menyeru kita agar berfikir,berazam,berhajat,kerna kita akan dapatkan apa yang kita fikirkan,hajatkan,azamkan,dan cita2kan.Berfikirlah dgn luas,berazamlah dgn penuh keyakinan,dan capailah apa yg kita hajati.Berfikiirlah besar,berjiwalh besar,jgn hanya sekadar merenungi kejayaan sendiri,tp juga fikirkanlah,hajatkanlah akan kebangkitan Tamadun Islam!.Jgn hanya sekadar cita2 peribadi,tp fikirkanlah cita2 Rasulullah untuk menegakkan ISLAM DI MUKA BUMI,lalu bakarlah diri kita dgn dakwah,dan jadilah sebahagian dari obor ummat ini yang menerangi kegelapan Jahiliah.

Yakinlah akan hadis ini,bila kita niatkan,fikirkan,hajatkan,kita akan mendapatkanya.
Setelah berniat,berfikir.lalu berhijrahlah.Berhijrahlah! Ya, berubahlah!berusahalah dgn berhempas pulas,dgn penuh pengorbanan.Perhatikan frasa kedua hadis ini:

“….Maka barangsiapa yang hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya,maka hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya.Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia,maka dia akan mendapatkannya,atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia hijrah kepadanya”

KENAPA HIJRAH?

Teman2,renungilah kisah hijrah Rasulullah dan para sahabat.Ianya penuh dgn pengorbanan,penuh dgn perancangan yg rapi,strategi dan kerjasama yang mantap,dan kesungguhan yg x berbelah bagi.

Dan inilah yg kita perlukan,dalam mencipta kejayaan!.X cukup dgn hanya sekadar berniat,berhajat dan berfikir, tapi harus di susuli dgn hijrah..erti kata berusaha dgn penuh pengorbanan,merangcang kejayaan dgn rapi dan teliti,merencana strategi dan menjalinkan kerjasama dgn mantap,lalu bergeraklah, berusahalah,capai cita2 itu dgn kesungguhan dan keazaman yg x pernah berbelah bahagi.

Fikirkanlah apa yang ingin kita jadi,ingin kita capai dalam 2 tahun akan datang,10 tahun akan datang..menjelang usia 40 tahun apa yg akan kita capai..mungkin kita befikir 2 tahun akan datang kita sudah bernikah,10 tahun akan datang kita berfikir unutk mempunyai 3 perusahaan syarikat, menjelang 40 tahun kita sudah financial freedom..fikirkanlah amal apa yg ingin kita sembahkan pada Allah esok hari..fikirkanlah hadiah terindah apa yg ingin kita hadiahkan kpd ibu dan ayah kita?..apakah hanya sekadar segulung Ijazah Kejuruteraan yg kita ambil di majlis penuh meriah tatkala Konvokesyen,atau kita hadiahkan mereka dgn saham pelaburan akhirat yg x pernah putus mengalir pahalanya,yg kelak hadiah itu kan di terima mereka tatkala konvokesyen di Hari Kebangkitan kelak! Bayangkanlah kebahagiaan mereka di hari itu..

FIKIRKANLAH KEBANGKITAN!

Ikhwah wa Akhawat fillah..jgnlah kita hanya sekadar memikirkan kesenangan dan mencipta kejayaan peribadi.Tapi, marilah kita bersama2 memikirkan kebangkitan Islam!

Fikirkanlah!Fikirkanlah!Azamilah!Berekadllah! Agar ianya akan tersemat di hati kita,sehingga menjadi kegilaan dan membakar hati kita,lalu memaksa kita bergerak dgn x kenal henti,berusaha dgn azam yg x berbelah bahagi,merancang kebangkitan dgn penuh teliti,dan bekerjasama, berukhuwah dgn mantap untuk mencipta kebangkitan ini.

Bayangkanlah, Malaysia 5 tahun akan datang.Bayangkanlah,setiap mahasiswa merasai nikmat Iman,Islam dan Ihsan dan hidup dgnnya..ramai para pekerja perusahaan bekerja dgn penuh Ihsan,berfikir dgn penuh Iman,dan hidup dgn syariat Islam.

Bayangkanlah,10 tahun akan datang..para Mahasiswa ini kan membina keluarga Islami,dan mentarbiah anak2 mereka dgn penuh kasih sayang,hidup berpasangan dgn penuh jujur,tiada khianat dan sengketa,jiran saling mengasihi.Lalu anak2 ini di didik dgn kecintaan kpd Allah,Rasulullah sebagai Idola,Malaikat yg senantiasa mencatit amal baik dan buruknya.Al-Quran sebagai penawar hatinya,hiburannya yg terindah,peribadinya cetakan Al-Quran,dan perjumpaan dgn Allah dgn penuh cinta dan kasih sebagai cita2nya..

Lalu, bayangkanlah 50 tahun akan datang..anak2 ini kelak akan membangun dan menerajui Tamadun dunia dgn Syahadah,pengabdian kpd Allah sebagai misi kehidupan setiap insan di muka bumi,dunia damai dgn manusia yg berperibadi Musollin..penuh kejujuran,tanggugjawab,disiplin,kerjasama,prihatin,berwawasan,adil dan berkasih sayang..penuh dgn manusia yang menahan nafsu mereka dan x membuat kerosakkan di muka bumi, masyarakat dunia hidup penuh ukhuwah dan penuh kasih sayang..sehingga tiada yang tertindas, sehingga tiada lagi yang layak untuk menerima zakat..dan seluruh manusia menjadikan segenap kehidupan sbg amal Ibadah kpd Allah,pemimpin dan rakyat yang melaksanakan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar ,dan senantiasa terus berusaha!



Dan murnikanlah niat dan cita2 ini..kerna sabda baginda,di balik niat dan cita2 ada yg tertipu dgn dunia dan wanita, lalu menjadikan dunia dan wanita sebagai niatnya yang terselindung di sebalik hijrah yang di lakukan. Sebaliknya, ikhlaskan niat kita,murnikanlah fikiran kita, sehingga hanya Allah dan Rasulnya yg kita hajatkan, sehingga hanya Allah sahaja yg menjadi kecintaan,misi, visi dan obsesi.

Katakanlah: “Tiada yang kucintai,yg ku rindui,yg ku sandarkn diri ini,yang ku berserah diri ini melainkan Allah, dan Muhammad adalah Rasullullah yang akan turuti setiap petunjuknya dalam menekuni kehidupan ini”

Ayuh,berfikirlah!berazamlah!bertekadlah!..ia akan menghasilkan keazaman yang membakar hati kita,lalu berhijrahlah!berusahalah!..dan murnikanlah niat itu..INGATLAH, APA BILA KITA BERFIKIR, BERERAK, DGN IZIN ALLAH, KITA AKAN DAPAT APA YANG KITA HAJATKAN!.
|
This entry was posted on 2:04 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On February 5, 2011 at 4:07 AM , Anonymous said...

nice :)