Sekilas kehidupan di Dimasq
2:13 AM | Author: Ibnu Siddique
Assalamualaikum.pakhabar semuanya?:). semoga semuanya sentiasa dalam lingkungan Hidayah Allah..semoga kita senantiasa terus berkomunikasi dgnNYa Al-Hayyu di balik nafas kita..amin..

By the way,rasanya saya nk sedikit berkongsi sedikit pengalaman,setelah hampir sebulan di Bumi syria.Especially, keberkahaNya. mudah2an teman2 semua juga di beri rezeki oleh Allah..untuk turut berpeluang menziarahi bumi Syam..Bumi Anbiya' ini..

Alhamdulillah, 11 Mei 2009 saya sampai ke bumi Dimasyq,sebelum tu sempat singgah di rumah sahabat sehari di Dhaka,Bangladesh. .dan kemudian di Dubai..coz,nk jimat belanja naik kapal terbang tambang murah..Air Asia, then Air Arabia..alang2 dh transit,jlnlh sekali:) Btw, bandar rayanya sgt cantik..Then,Alhamdulillah..11 Mei selamat sampai di Dimasyq..



Dgn sahabat2 di Dhaka,Bangladesh.Pemuda2 yg sgt bersemangat dgn Amal Islam.InsyaAllah, Bangladesh akan bangkit dgn mereka ini..amin..


Di Dubai..sewaktu transit selama 20 jam..apa lagi..jalanlah:). Bandaraya Dubai sgt cantik..Kalah Malaysia:).

First week,rasa mcm biasa je..kerna blum ketemu rentak nak hidup kt cni..Bahkan, nk bangun Subuh pun payah..Coz,Subuhnya jam 3.30pg..sampai, buat keputusan utk stay up smpai Subuh, then bru tdo:)..But then,Alhamdulillah. .minggu seterusnya kehidupan bertambah baik;).

Setelah 2 minggu, baru saya rasakan keberkahan di bumi Syam ni..sesuai dgn doa nabi SAW.."Ya Allah, berkahilah bumi Syam kami,dan Yaman kami.."..ternyata, berkahnya amat terasa..meskipun, di khabarkan bahawa kebelakangan 5 tahun ni, bumi Syria makin teruk (cth:5 tahun lepas, xkn jmpe wanita yg x pakai purdah..tp, skrg dh ramai juga yg pakai sexy..)...tapi. berkahnya masih terasa..

Apa yg paling membahagiakan di sini,adalah suasana majlis ilmu yg sgt hebat..bayangkan, setiap 200m ada masjid..dn kebanyakan masjid2 itu ada majlis ilmu..dan bayangkan, ramainya yg datang ke Kuliah2 di sini seperti kita Solat Jumaat di Malaysia..paling kurang 100 org.. dn yg mengajarnya semua merupakan Sheikh2 yg hebat2 belaka..Spt Sheikh Ramadhan Al-Bouti,Sheikh Wahbah Zuhaili,Sheikh Mustofa Bugho..(sekadar menyebutkan bbrp nama,yang terkenal di Malaysia)..dan setiap waktu Solat, setiap hari ada kuliah..majlis ilmu yg bertaburan.. lps Subuh,kebnyakan Masjid seusai kuliah Subuh, ada plak talaqqi Quran..(bca Quran, dan check bacaan dgn Ulama' Quran, yg kebanyakn mereka mempunya rantaian bacaan Al-Quran berSanad sampai ke Rasulullah). .masjid2 hidup dgn anak2 muda yg menghafaz dan mengaji Quran..lps Zohor plak, sekadar contoh..ada pengajian bersiri Sohih Bukhari..ramai yg datang..lbih 100 org.. Sheikhnya pun hebat..lps Magrib,lagi banyak majlis ilmu..tingal pilih je..ada pengajian Tafsir,Hadis Muslim, Sohih Bukhari, Usul Fiqh,Fiqh, Bahasa Arab..dan semua yg menajarkan merupakn Ulama'2 yg hebat..yg majlis ilmunya..wlupun kita x faham..tp,insyaalla h kan mengundang air mata..dn kebahagiaan: )..


Dgn Syeikh Mustofa Bugho..Seusai pengajian Hadis Sohih Muslim..Alhamdulillah.

Dgn Sheikh yg paling Shahrul cintai..Sheikh Naim..Subhanallah..Syarah Sohih Bukhari beliau sgt mengesankan..Alhamdulillah..

2. Rakyat di sini sgt mencintai penuntut ilmu..Selalu je.lps Kuliah, then Solat,salam dgn jemaah Solat,di tgnnya terselit wang..sebagai sedekah..biasa kt sini..rasanya total yg saya dpt adalah dalam lebuh kurang 1000Lira Suria (RM 70.00)..Juga, klu nk beli barang,kalau tuan kedai tu tahu kitat penuntut ilmu, mesti dpt diskaun..Alhamdulillah. .
Bersama dgn Syeikh Wahbah Zuhaili..Pakar Fiqh..ni selepas selesai kuliah Tafsir Wajiz..kitab terbaru karangan beliau..ptkan di pasaran ya..Tp, xde terjemah lg kt Malaysia rasanya:)

3. Di sini banyak sgt tinggalan sejarah Dunia dan Islam..antara kota tertua di dunia ialah Dimasq..di sini ada byk maqam Nabi-Nabi Allah..cth.. Nabi Ayyub, Nabi Zakaria,Nabi Yahya, Qabil,tapak kaki Rasulullah.. para Sahabat jga sgt ramai..Bilal, Abi Zar, Muawiyah,Sayyidah Fatimah,Husin. .makam Salahuddin Al-Ayyubu jga di sini..jga bnyk kota sejarah tinggalan tamadun dulu..especially, Rom dn Islam..banyaklah kt sini..kena dtg bru tau..;)

Nilah tempat paling best..paling mendamaikan sekali di Dimasq..Jami' Umawi..Best sgt dok dalam dia..Jami' ni sejak zaman Khalifah Umar..Asalnya separuhnya gereja..lalu di beli oleh Khalifah Umar,dan jadikannya masjid secara keseluruhan..gereja tu plak, di ganti oleh beliau dgn 4 gereja yg terdapat di sekitar bandar lama Dimasyq..Subhanallah..Adil kan beliau..

Di atas bukit Makam Arbain, Belakangnya permandangan Dimasyq.Atas bukit ni lah di katakan berlakunya perbun uhan Habil dan Qabil..Wallahua'lam..dan ada makam 40 orang ulama' yang lari dr pemerintahan yg zalim..


Ni makam (tpt persinggahan) kepala Saidina Hussin..Ya Allah Sedih sgt melihat kejahilan penganut Syiah..semoga Allah menghidayahi mereka..

Ni makam Sayidah Fatimah (kata diorang ..Wallhualam)..Rasa kelu,sedih..x mampu bicara..melihat kejahilan penganut Syiah..masjid yg sgt..sgt..sgtcantik,..tp, yg di agungkannya makam..ni dlm masjid..orgnya Solat di luar..lps Solat, msk masjid, cium, namgis, ambil berkat dari makam ni..
semoga Allah menghidayahi mereka..


4. Sini mmg tmpt terbaik untuk belajar Bahasa Arab..kerna Bahasa Arab perbualannya x lari banyak dr bahasa Arab baku (Bahasa Arab Quran..or rasmi)..jadi, kita bleh belajar cepat..dn org2 dia pun sgt peramah.sgt membantu..:) . Bersama penjual tamar hindi..hebat dia ni..Tamar hindi (asam jawa arab) sgt sedap di minum time musim panas ni..Alhamdulillah..
Dr kiri: Asyraf (uia), Syazwan(stay kt rmh dialah di Dimasq ni) dan Saya..

Dgn anak orang arab..comel bangat anak2 di sini:)..coomeel sgt:)..perempuan dia pun sgt lawa..cabaran utama dok di sini adalah unutk menunudukkan pndgn..Mmg mengikut kata2nya, wanita tercantik adalah di Syam..mcm betul je..Wallahualam..

Alhamdulillah.Sekadar nk berkongsi nikmat yg Allah beri..Alhamdulillah..saya doakan dan saya berharap agar teman2 semua2nya juga di beri rezeki oleh Allah nanti..dan yg paling penting, semoga kita terus berjuang..mengIslah bumi Malaysia..Kuala Lumpur..InsyaAllah, suatu hari nanti, Subuh di Malaysia kan penuh dgn pemuda-pemudi yg dtg Solat berjemaah, ngaji Quran,berdakwah dan berusaha kuat..dan bertaburan majlis ilmu..dan rakyatnya mengasihi sesama kerana Allah..

p/s: InsyaAllah, di lain kesempatan saya akan kongsikan dgn lebih lanjut pengalaman perjalanan saya dari Malaysia, ke Dhaka, Bangladesh.kemudian ke Dubai..dan Dimasyq..terakhir, Insyaallah, Turki..mohon doanya agar semuanya kan menjadi amal soleh ya:)
|
This entry was posted on 2:13 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: