Pemuda Ideal
11:37 AM | Author: Ibnu Siddique

Berhati Emas berpotensi prima
Yang lembut dlm berbahasa dan teguh membawa suluh
Dia ibarat sutera halus di tengah sahabat tulus
Dia ibarat gerimis embun tiris memekarkan bunga-bunga
Dia ibarat topan beliung yang mengguncangkan laut ke relung-relung
Dialah gemersik air di tangan asrih
Dialah penumbang segala belantara dan sahara

Dialah pertautan agung
Iman Abu Bakar
keperkasaan Umar
Kedermawanan Uthman
Kecerdikan Ali
Kesederhanaan Abu Dzar
dan keteguhan Salman

Dia berdiri kokoh di dunia yg bergolak
Ibarat lentera Ulama’ di tengah gulita
Dia memilih syahid fi Sabilillah
Di atas segala jawatan dan harta
Dia menentang tindakan kuffar
Walau aniaya di mana saja
Maka nilainya pun semakin tinggi
Harganya semakin tak bertepi
Maka siapakah yang sanggup membelinya
Kecuali Allahu Robbul Izzati

Syair oleh Muhammad Iqbal Rahimahullah
Aku mencintai dirimu..
10:24 AM | Author: Ibnu Siddique
Aku mencintai dirimu..

Aku mencintaimu..
kerna kau seumpama bintang..
meski terkadang lelah..
kau tetap tabah..
meski jauh..
kau tetap bercahaya..
menerangi relung-relung jiwa..


Aku mencintaimu..
kerna kau spt mentari..
yg menyala-nyala di dalam dada..
menghangatkan jiwa..
terus hidup dlm segala tingkah bicara..

Aku mencintaimu..
kerna aku ingin mencintaimu..
kerna ruku' dan sujudmu pada TuhanMu..
ruku' dan sujudmu..
membuat aku rindu padamu..

Aku mencintaimu..
kerna kaulah Rasul Junjunganku..
aku mencintaimu..
kerna kaulah kekasih Tuhanku..

Allahumma Sholli A'la Muhammad..Wa A'ala aalihi Muhammad..
Bagaimana aku ingin tahu..
6:43 AM | Author: Ibnu Siddique
bagaimanakah aku ingin tahu,
redamu atau murkamu,
sekiranya rasa ini,
menguasai seluruh naluri.

bagaimanakah aku ingin tahu,
akhirnya semua ini akan bermuara dimana,
sekiranya rasa ini,
sering ingin selalu bersamaMu,

bagaimanakan aku ingin tahu,
jahatnya atau benarnya sentuhan ini,
yang begitu sakit kurasakan didalam,
adakah ia biasa mainan syaitan yg Kau murka,
atau adakah ia rasa yg benar yang hadirnya dari Mu juga.

kuatkan aku untuk terus serahkan segala kepadaMu,
walaupun rasa ku kuat untuk mencari hambaMu,
kerana aku tahu engkau Maha Tahu,
Engkau Maha Agung untuk tidak aku tinggalkan,
kerana memiliku Mu adalah tujuan,
sedangkan yang lain sekadar wasilah,
merasa dakapanMu adalah tujuan,
kasih manusia sekadar jalan,

Allah,
ikhlaskan lah hati ini,
dan berilah jalan terbaik menuju RedaMu