Buah Mengimani Hari Akhir
11:27 AM | Author: Ibnu Siddique

Oleh: K.H. Rahmat 'Abdullah (Ketua Yayasan IQRO Bekasi)

Iman terhadap hari akhir (kiamat) secara khusus diulang-ulang, baik dalam Alquran maupun Hadis. Kerap penyebutan itu terkait dengan penguatan komitmen untuk melaksanakan sesuatu atau untuk meninggalkan sesuatu. ''... jika berselisih tentang sesuatu, hendaklah kalian kembalikan itu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir... (Qs 4:59).

Penyebutan Iman kepada Allah dan hari akhir, efektif bagi mereka yang percaya kepada Allah, Pencipta segala sesuatu dari tiada dan percaya kepada hari akhir, saat tidak ada waktu undur, tidak ada lagi sogok dan suap. Tidak ada lagi press release pemulas citra buruk. ''Hari ini Kami tutup mulut mereka, dan yang berbicara kepada Kami adalah tangan-tangan mereka dan yang bersaksi adalah kaki-kaki mereka atas segala yang mereka kerjakan.'' (Qs 36:65). Karenanya, rangkaian amal terkait jenazah bukan hanya berdampak sosial, tetapi juga moral-spiritual.

Alquran berulang-ulang mengantar harapan Rasulullah saw dan para sahabat jauh ke depan, bahwa kemenangan sejati akan mereka capai di akhirat nanti.

Dengan iman terhadap hari akhir, seorang pejuang tidak kenal putus asa. Apa dan berapa saja pengorbanan di jalan Allah, ia sangat yakin akan catatan dan ganjarannya. Bahkan, Alquran melarang mengatakan mujahid yang syahid di jalan Allah sebagai mati karena mereka memang hidup (QS 2:154/ 3:169).

Demikianlah para rasul dan para pengikut tidak merasakan kepedihan dalam perjuangan. Kalau wajah seorang Yusuf AS, remaja yang tampan, telah membuat perempuan-perempuan di Mesir mengiris-iris jari-jari mereka tanpa sadar, betapa keindahan surga dan kepastian janji Allah telah membuat para pejuang di jalan-Nya sama sekali tidak merasa rugi, kalah atau sia-sia. Sebaliknya, mereka yang menzalimi diri sendiri atau sesama harus segera ingat bahwa ada batas usia bagi kehidupan dan ada persidangan yang adil. Sesudah itu kebahagiaan atau kesengsaraan abadi.

Iman terhadap hari akhir menyuburkan sikap tanggung jawab. Mereka yang dipuji-Nya sebagai orang-orang yang ''... pagi dan petang bertasbih di rumah-rumah Allah'' adalah orang-orang yang tidak terlalaikan oleh aktivitas perdagangan dan jual beli, dari mengingat Allah, menegakkan shalat dan menunaikan shalat, ''Karena mereka takut akan hari saat berguncang-guncangnya hati dan penglihatan... (Qs 24:37)

Iman ini juga menghasilkan, memelihara, dan meningkatkan keikhlasan, keteguhan, dan semangat juang. Keberanian, kesungguhan dan optimisme adalah ciri khas mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhir.

'Sesungguhnya yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, menegakkan shalat, dan menunaikan zakat serta tidak takut kepada siapa pun selain Allah ....'' (QS 9:18). Penyiksaan terhadap keluarga Yasir RA sangat brutal, khususnya pembunuhan Sumayah, istri Yasir. Tak ada lagi yang dapat dilakukan selain berdoa dan berharap. Keluarlah kata bersayap Rasulullah, ''Bersabarlah, wahai keluarga Yasir, tempat kalian berjumpa (esok) di surga.''

Sangat menyentuh dan membuat gairah takwa saat membaca atau mendengar ayat-ayat Hari Akhir, ''Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (surga) dan di mata air-mata air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). Pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian.'' (Addzariyat: 14-19).


Kaitan Solat Awal Waktu dgn Tenaga Alam
11:14 AM | Author: Ibnu Siddique

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.


Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yang terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhlukNya.

Wallahu'alam


Sumber:

Rindu itu datang lagi..
11:54 PM | Author: Ibnu Siddique


Seusai membaca Rindu Bau Pohon Tin (Ustaz Hasrizal),kemudian menikmati pula novel Syabab Musafir Kasih (ustzh Fatimah Syarha).


Sekali lagi Syria singgah di hatiku..duhai bumi barakah..Bila lagi dapat ku cium bau pohon zaitunmu...tiba-tiba kenangan lama mucul lagi..Bumi Syam. tunggu aku.,Akan kujejak lagi kakiku di tanah mulusmu...Sungguh,hatiku bergelora kerinduan pada aroma keberkahan,nuansa Ruhiyah,dan cahaya keilmuan di Dataran Syam,Syria Bumi Anbiya'.


Rindu pd majlis ilmu yg sangat meriah di sana.Umpamanya seperti Solat Jumaat di bumi Malaysia,dengan ana
k-anak muda,org tua,dan kanak-kanak yang sibuk menghafaz Quran dan menadah kitab-kitab muktabar seperti Fathul Bari (syarah Sohih Bukhari) tafsir Jalalain dan lain-lain.Rindu pada suasana Subuh,yang penuh dengan anak muda.Rindu pada meriahnya suasana selepas Subuh dengan talaqqi Quran para 'Tholibul I'lm' bersama para Doktor-doktor,ahli farmasi,jurutera yang Tahfiq Quran beserta sanad.Rindu pd Syeikh Ramadhan Al-Bouti,dengan kuliah beliau yg sering mengundang keinsafan dan air mata.Rindu pada Syeikh Na'im Aroqsusi,seorang yg sangat tawadhu' dan dalam ilmunya.Ketawadhu'kan dan keilmuan beliau itu,sangat di rasakan saat beliau menyampaikan syarah Sohih Bukhari saban minggu di Jami' Al-Iman.Rindu pada Syeikh Wahbah Zuhaily,dgn tuangan indahnya Al-Quran dalam Kuliah Tafsir Al-Wajiz dan kuliah syarah Sohih Muslim oleh Syeikh Mustofa Bugho.Rindu pada sahabat-sahabat di Syria,yang keluarnya pagi,pulangnya malam,berjuang dalam demi menuntut ilmu walau kesempitan hidup melanda,walau kekosongan kocek dan perut sering di rasa.Rindu pada falafil,hummus,ruzz mandi,dan anak-anak kecil Syria yang sangat comel.

Terngiang-ngiang sabda Baginda Nabi SAW: "
Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihanNya" dan dalam hadis lain,Sabda Rasulullah SAW: “Keberuntungan bagi penduduk Syam,” maka kami bertanya : “Karena apa, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab,”Karena para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kepada mereka (penduduk Syam)”


"Syria..jika boleh ku putar cinta dan waktu ini..
kau sentiasa di dalam kantung hatiku ini
melebihi tanah yg lain..
tapi cintaku pada tanah air..
menghalang aku untuk kekal disana..
Tp suatu hari nanti..aku pasti kembali..
Untuk mengutip mutiara-mutiara
yang masih tersimpan
dan masih belum ku temui di sana.."

Robbi,sampaikan salamku pada Bumi itu,bumi yang Kau berkahi dengan RahmatMu dan KasihMU.Bumi tempat tumpahnya darah para Anbiya' dan para Syuhada'.Bumi yang Kau limpahi dgn cahaya ilmuMu.Bumi yang menyaksikan keagungan Isra'Mu.

Semoga terus damai dan terus berkah,Syamku yang ku rindui...

Allahumma Barik fi Yamamina wa Syamina...


Ps: entry sempena setahun keberangkatanku ke Bumi Syam,Syria. 26 April 2009.
Tentang Potensi Kepahlawanan dan Al-Quds
11:51 PM | Author: Ibnu Siddique


Pahlawan bukanlah orang suci dari langit yang diturunkan kebumi untuk menyelesaikan persoalan manusia dengan mukjizat, secepat kilat untuk kemudian kembali kelangit.

Pahlawan adalah orang biasa yang melakukan pekerjaan-pekerjaan besar, dalam sunyi yang panjang, sampai waktu mereka habis.Para pahlawan itu mensiasati mus
ibah.Mereka menukarkan setiap kekurangan menjadi kekuatan nyata.Dari kelemahan,mereka membangun potensi diri menjadi peribadi dahsyat yang luar biasa!

Maka, kebutaan tidak dapat menghambat Syeikh Abdul Aziz bin Baz merebut takdirnya sebagai Ulama besar abad ini. Ketulian gagal mencegat perjalanan Mustafa Shadiq Al-Rafi'i nuju puncak, sebagai salah satu Sastrawan Muslim terbesar abad ini. Dan kelumpuhan,tidak mampu melunturkan semangat Jihad dan tekad baja Syeikh Ahmad Yasin untuk menjadi Mujahid besar abad ini, yang bukan saja melawan kebiadaban israel, tapi bahkan mengumandangkan dan membangkitkan semangat Jihad para pemuda di seluruh dunia!


Terkenang firman Allah SWT:

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun" (Al-Ahzab:23)

Teman-teman;


Kita akui,bahawa kita orang biasa.Banyak keterbatasan,kekurangan,kelemahan,kegagalan,

kemalasan dan keputus-asaan.Namun,ini bukan masalah.Sejarah mencatat,banyak orang besar justeru lahir di tengah himpitan kesulitan,bukan buaian kemanjaan.Mereka besar dgn menyedikitkan jam tidurnya,waktu bekerja dan kesibukan mengurusi duniawi,lalu menjual diri untuk memenuhi kebutuhan ukhrawi dan meraih kemuliaan syurgawi.

Teman-teman;


Inilah makna dari kepahlawanan sejati.Bagaimana di tengah keterbatasan itu,kita dahsyatkan diri agar lahir prestasi tinggi.Dalam segala hal ada keterbatasan. Itulah sebabnya kita harus bekerja efektif dan menggunakan tenaga seefisien mungkin. Akan tetapi, keterbatasan bukanlah alasan untuk tidak berjuang. Sebab, Allah berfirman, "Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu..." (At Taghabun: 16). Bahkan, nilai kepahlawanan itu sesungguhnya terletak pada capaian-capaian besar di atas keterbatasan yang miliki.Sungguh,inilah makna sebenar dari kepahlawanan sejati!

P/S: Teman-teman;


Mari kita sumbangkan segala potensi yang kita milik,kembangkan segala prestasi yang di karunia Ilahi.Baik wang,baik diri,baik penulisan,baik ucapan.

Kita (Malaysia) ingin mencapai sasaran sumbangan RM 20 juta untuk di sumbangkan dalam Konvoi Lifeline for Gaza.Melalui Turki,kapal-kapal kargo yang berisi segala keperluan harian;ubatan,makanan,minuman,dll akan di salurkan ke Gaza.

Together,we make this things happen.
Together,we help our brothers and sisters in Gaza.
Together,we save the Al-Aqsa,and revive the Ummah.

Untuk sumbangan: Tabung Palestin HALUAN: Maybank 5-644-902-085-28