Rindu itu datang lagi..
11:54 PM | Author: Ibnu Siddique


Seusai membaca Rindu Bau Pohon Tin (Ustaz Hasrizal),kemudian menikmati pula novel Syabab Musafir Kasih (ustzh Fatimah Syarha).


Sekali lagi Syria singgah di hatiku..duhai bumi barakah..Bila lagi dapat ku cium bau pohon zaitunmu...tiba-tiba kenangan lama mucul lagi..Bumi Syam. tunggu aku.,Akan kujejak lagi kakiku di tanah mulusmu...Sungguh,hatiku bergelora kerinduan pada aroma keberkahan,nuansa Ruhiyah,dan cahaya keilmuan di Dataran Syam,Syria Bumi Anbiya'.


Rindu pd majlis ilmu yg sangat meriah di sana.Umpamanya seperti Solat Jumaat di bumi Malaysia,dengan ana
k-anak muda,org tua,dan kanak-kanak yang sibuk menghafaz Quran dan menadah kitab-kitab muktabar seperti Fathul Bari (syarah Sohih Bukhari) tafsir Jalalain dan lain-lain.Rindu pada suasana Subuh,yang penuh dengan anak muda.Rindu pada meriahnya suasana selepas Subuh dengan talaqqi Quran para 'Tholibul I'lm' bersama para Doktor-doktor,ahli farmasi,jurutera yang Tahfiq Quran beserta sanad.Rindu pd Syeikh Ramadhan Al-Bouti,dengan kuliah beliau yg sering mengundang keinsafan dan air mata.Rindu pada Syeikh Na'im Aroqsusi,seorang yg sangat tawadhu' dan dalam ilmunya.Ketawadhu'kan dan keilmuan beliau itu,sangat di rasakan saat beliau menyampaikan syarah Sohih Bukhari saban minggu di Jami' Al-Iman.Rindu pada Syeikh Wahbah Zuhaily,dgn tuangan indahnya Al-Quran dalam Kuliah Tafsir Al-Wajiz dan kuliah syarah Sohih Muslim oleh Syeikh Mustofa Bugho.Rindu pada sahabat-sahabat di Syria,yang keluarnya pagi,pulangnya malam,berjuang dalam demi menuntut ilmu walau kesempitan hidup melanda,walau kekosongan kocek dan perut sering di rasa.Rindu pada falafil,hummus,ruzz mandi,dan anak-anak kecil Syria yang sangat comel.

Terngiang-ngiang sabda Baginda Nabi SAW: "
Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihanNya" dan dalam hadis lain,Sabda Rasulullah SAW: “Keberuntungan bagi penduduk Syam,” maka kami bertanya : “Karena apa, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab,”Karena para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kepada mereka (penduduk Syam)”


"Syria..jika boleh ku putar cinta dan waktu ini..
kau sentiasa di dalam kantung hatiku ini
melebihi tanah yg lain..
tapi cintaku pada tanah air..
menghalang aku untuk kekal disana..
Tp suatu hari nanti..aku pasti kembali..
Untuk mengutip mutiara-mutiara
yang masih tersimpan
dan masih belum ku temui di sana.."

Robbi,sampaikan salamku pada Bumi itu,bumi yang Kau berkahi dengan RahmatMu dan KasihMU.Bumi tempat tumpahnya darah para Anbiya' dan para Syuhada'.Bumi yang Kau limpahi dgn cahaya ilmuMu.Bumi yang menyaksikan keagungan Isra'Mu.

Semoga terus damai dan terus berkah,Syamku yang ku rindui...

Allahumma Barik fi Yamamina wa Syamina...


Ps: entry sempena setahun keberangkatanku ke Bumi Syam,Syria. 26 April 2009.
|
This entry was posted on 11:54 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On April 29, 2010 at 1:04 AM , Unknown said...

Subhanallah..abang penah g sana ya?erm,teringin juga ke sana nanti.insyaAllah..huhu..

 
On April 29, 2010 at 7:10 AM , Ibnu Siddique said...

tahun lps abg ke sana..alhamdulillah.nk g jomlaa^^

 
On May 16, 2010 at 3:19 PM , Anonymous said...

insyaAllah.. nta akan sampai lagi ke sana...